Friday, November 26, 2010

Vaksin Kanser Pangkal Rahim (Servik)

1 comments




Top Blogs



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai tahun depan (2010) , seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah penularan kanser serviks.Pemberian vaksin berkenaan adalah di bawah Program Pelalian HPV yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan melibatkan kos RM150 juta setahun.

Suntikan vaksin itu akan memberi kesan yang lebih baik bagi mencegah kanser serviks terhadap golongan remaja berbanding dewasa khususnya mereka yang berumur melebihi 40 tahun. Pemberian suntikan dirasakan perlu kerana kanser serviks merupakan kanser kedua yang kerap berlaku di kalangan wanita di negara ini selepas kanser payu dara.

Kira-kira 80 peratus kes kanser serviks didiagnosis di negara-negara membangun dan risiko mendapat kanser ini di kalangan wanita Malaysia ialah 19.7 per 100,000 penduduk. Ia adalah tinggi berbanding dengan lain-lain negara ASEAN.Sehubungan itu, vaksin HPV adalah antara peluang terbaik bagi menentang penyakit kanser di peringkat awal selain daripada pemeriksaan pap smear.

Sebanyak tiga dos HPV perlu diambil. Dos kedua akan diberi selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.Vaksin ini akan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup. Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser serviks jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.

Perunding Pakar Onkologi, Obstetrik dan Ginekologi dan juga Ahli Lembaga Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Datuk Dr. Abd. Aziz Yahya, berkata, di Malaysia, separuh kes baru kanser serviks meninggal dunia hanya semasa peperiksaan pertama.''Ini kerana kebanyakan pesakit ini hanya datang melakukan pemeriksaan setelah berada di tahap empat. Manakala peringkat umur yang kerap memperoleh kanser ini ialah antara 40 tahun hingga 49 tahun dan 50 tahun hingga 59 tahun.

''Mereka ini selalunya terdiri daripada ibu yang mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah yang sangat memerlukan kasih sayang dan penjagaan daripada seorang bernama ibu. Jadi sekiranya ibu mendapat kanser serviks, maka perpisahan bakal berlaku.''Oleh itu, kita harus memastikan golongan ini tidak mendapat kanser serviks kerana ramai yang akan merasai kehilangannya. Selain itu, wanita perlu bersikap proaktif dalam usaha mengambil langkah untuk melindungi diri mereka daripada penyakit ini,'' katanya ketika menyampaikan kertas kerja mengenai Kanser Pangkal Rahim dan Vaksin HPV di Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Dr. Abd. Aziz, pencegahan kanser serviks boleh dilakukan sama ada menerusi suntikan vaksin atau ujian pap smear secara berkala. Suntikan vaksin adalah senjata yang boleh membantu sistem imun mengenali dan memusnahkan virus sebelum bertapaknya sesuatu jangkitan.''Suntikan vaksin dianggap sebagai kaedah pencegahan utama manakala pap smear pula adalah tahap pencegahan sekunder. Jadi, ia adalah satu kombinasi pencegahan yang amat penting.''Namun begitu, hanya 30 peratus wanita di negara ini yang menjalani pemeriksaan ini. Ini kerana ramai yang masih tidak mendapat informasi mengenai pemeriksaan yang mampu mengesan kanser pada peringkat awal.

Di Amerika Syarikat, setiap wanita diwajibkan menjalani pap smear setiap tahun manakala di United Kingdom setiap tiga tahun. Oleh itu di Malaysia bagi wanita yang berisiko seperti perokok, telah mengandung sebanyak lima kali dan mempunyai banyak pasangan, dinasihatkan menjalani pemeriksaan setahun sekali manakala yang lain tiga tahun sekali.''Dengan cadangan kerajaan untuk memberi suntikan vaksin HPV secara percuma itu, adalah cadangan yang terbaik bagi mencegah kanser dari seawal usia remaja dan sebelum berkahwin. Bahkan, kajian perintis program vaksin HPV yang dilakukan ke atas 10,000 wanita di Amerika Syarikat pada tahun 2000 menunjukkan bahawa tiada seorang pun daripada mereka mendapat kanser. Oleh itu, kesan vaksin HPV bagi mencegah penularan kanser serviks adalah yang terbaik. Di samping tiada kesan sampingan selepas pengambilan vaksin HPV,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Malaysia, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berkata, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk merawat pesakit kanser serviks di seluruh negara ialah RM389.8 juta setahun.Dianggarkan setahun sebanyak 4,969 kes kanser pangkal serviks dan lama di negara dan setiap seorang memerlukan RM78,642,226 untuk rawatan.

Tanpa program suntikan ini, dianggarkan 1,215 daripada 260,000 kes kanser mengalami kanser serviks. Tetapi dengan adanya program ini, maka 838 kes kanser serviks boleh dielakkan.Lebih memeranjatkan dengan adanya program vaksin ini, perbelanjaan rawatan boleh dikurangkan sebanyak RM17,774,239 setahun iaitu 68.7 peratus penjimatan.

''Oleh itu, vaksin HPV adalah inisiatif yang positif kerana pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online (Khamis, 24 Nov 2009)



Soalan Lazim Mengenai Pelalian HPV – Lindungi anak gadis anda.

Apakah Kanser Servik ?

kerap dikesan di kalangaKanser yang terjadi dibahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling mematikan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun.Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?

HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Apakah pelalian HPV ?

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.

Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.

Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.

Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ?

Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?

Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?

Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ?

Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma.

Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma.

3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?

Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal?

Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?

Pelaian ini adalah selamat.

Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan.

Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?

Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?

Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :

· Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.

· Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.

· Hamil.

Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?

Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

Maklumat tambahan :

Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :

· Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.

· Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.

Tuesday, November 9, 2010

Mengetahui Anda Terjangkit STD dengan Handphone

0 comments

Bagaimana Mendeteksi anda Terjangkit STD tanpa perlu Ke Dokter.





Anda risau, bimbang terjangkit, anda Malu untuk menjalani pemeriksaan ke klinik, takut apa kata orang nanti . ini sebagian persoalan dalam masyarakat budaya kita yang masih stigma terhadap penyakit berjangkit seksual ini.


Individu yang bimbang dirinya mungkin terjangkit STD ( sexually transmitted disease ) segera akan dapat memastikan dengan hanya menggunakan telifon mudah alih. sekumpulan scientists dari university of London sedang mengembangkan perangkat pemeriksaan sendiri ( self-testing device ) yang dapat dengan cepat mendiagnosa mikroorganisma yang menjadi penyebab utama STD iaitu seperti chlamydia.

Penggunaan perangkat ini hampir sama dengan perangkat yang digunakan pada pemeriksaan kehamilan ( pregnancy test ) dan kemudian perangkat disambungkan kepada telifon mudah alih atau komputer. Projek 5.7 million pound ini dikenali sebagai eSTI2 ( electronic self-testing instruments for STIs ) yang menggunakan nanoteknologi-advanced teknologi dlm skala mikroskopik. Para penelitia menganggap ini akan menjadi suatu revolusi baru dalam terapi kesehatan seksual.

Ketua projek Dr Tariq Sadiq mengatakan bahwa alat ini akan memudahkan akses ke masyarakat, dengan hasil pemeriksaan yang cepat , ini dapat menurunkan kadar infeksi dan memperbaik kesehatan seksual dalam masyarakat. Menurut DR sadiq lagi mungkin saja alat ini dapat kita kembangkan sehingga sebaik sahaja hasil pemeriksaan diperoleh, pengguna secara automatis akan diberi info mengenai dokter, klinik kesehatan seksual dan farmasi terdekat secara GPS untuk mengambil Obat yg sesuai dengan penyakit.

Telifon mudah alih telah mengubah cara kita menjalani kehidupan, cara kita berkomunikasi dan sekarang kami percaya ini akan menjadi suatu cara yang unik dalam mendiagnosa dan mengkontrol STI ( sexually transmitted infection ). Biasanya untuk kita ingin mengetahui apakah kita terjangkit STD adalah dengan menhantar sampel urine ke laboratorim dan akan mengetahui hasil pemeriksaan dalam beberapa hari, kini dapat dibayangkan anda melakukan pemeriksaan pada diri sendiri, diwaktu itu juga tanpa perlu ke klinik dan mendapat hasil yang akurat dan tetap dokter dan farmasi mengetahui anda memerlukan pengobatan.

Sistem seperti ini akan mempercepat proses komunikasi antara dokter dalam mengetahui tren infeksi dan dapat memberi respon cepat dalam mengantisipasi penyebaran STI. Pengembangan projek ini akan membawa para peneliti, ahli dalam bidang telekomunikasi, ahli kejuruteraan mikro, ahli mikrobiologi dan ahli kesehatan masyarakat duduk bersama menjadikan projek ini suatu realiti.

dikutip dari dailymail.co.uk

Monday, November 8, 2010

Kerjaya Pegawai Perubatan

1 comments

Kerjaya Pegawai Perubatan

Buku ini saya ambil dari Website Kementerian Kesihatan Malaysia.
panduan untuk student yang baru lulus, membahas tentang skim gaji, penempatan untuk Housman-ship , info untuk sambung study sub-spesialis
dan spesialis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Click sini bila bermurah Hati