Wednesday, January 26, 2011

A Magnolia Sherbet A Day Motivate To Study Everyday!!!






sebut pasal ais-krim, teringat zaman waktu kanak-kanak. Dulu waktu kecil saya nangis guling-guling bila mama tidak mahu belikan ais-krim kesukaan saya.

Bila dah besar ini saya tidak faham kenapa dahulu saya bersikap sebegitu, seolah-olah aiskrim benda sangat penting dalam dunia ini, bila saya lihat adik saya baru saya sedar betapa ais krim membawa kegembiraan kepada seorang kanak2x


Dan siapa sangka motivasi datang dari sesuatu yang tidak disangka.. inilah kisah
legenda adik saya
 



Adik sekarang sekolah darjah enam, Tahun 2011 ini adik ada ujian UPSR, adik pandai, tapi adik cepat boring, sejak dulu adik selalu dapat 5A dalam ujian, tapi sejak akhir-akhir ini adik banyak main, main dengan kawan, main game komputer dan sekarang adik kurang tumpuan belajar


Bila adik malas, adik banyak main, kerja sekolah adik tak siap, adik  kene marah dengan mama, macam ni lah muka adik. tidak ceria, bosan, kurang semangat, saya bimbang tengok adik macam ni sehinggalah saya mendapat suatu idea..



saya belikan  Magnolia sherbet untuk adik, ketika saya memberikan aiskrim itu reaksi adik sangat terkejut, wajah gembira terpancar dan adik sangat bahagia. Bila lihat adik, saya rasa nak beli Magnolia Sherbet setiap hari untuk adik..:)  i do everything to make u happy adik.

Adik membuka Magnolia Sherbet dengan sangat gembira dan teruja, seperti Kapten Jack Sparrow (pirates of the caribbean) membuka peti harta karun.



Adik suka menonton cerita P.Ramlee, jadi mungkin dia teringat cerita Tiga Abdul ( abdul wahab,abdul wahid, abdul wahud). Kalu nak makan kene ambil bau dulu ye..(hehe jangan marah tulis panjang2x nanti kena Jual)



Adik pun mulai makan suapan pertama.. oke adik makan la.. abang beli untuk adik Magnolia Sherbet Mangosteen. mesti adik suka.



Apa yang mengembirakan hati saya ialah, suapan pertama Magnolia Sherbet Mangosteen cukup untuk membuat adik tersenyum. saya tahu kalu adik tersenyum begitu mesti Magnolia Sherbet Mangosteen ini sangat Sedap.. adik , abang nak cuba sikit boleh?




Abang Rasa puas, terharu bila adik cakap terima kasih abang sebab abang dah belikan adik Magnolia Sherbet , adik nak  dengar cakap abang, adik nak belajar rajin-rajin, nanti adik jd rajin , abang beli lagi ek! Magnolia Sherbet kesukaan adik. adik terus masuk bilik belajar dengan tekun.


adik rajin belajar, mama senang hati, abang pun bangga bila adik dapat keputusan baik. daripada adik main dekat luar, malas belajar, lebih baik abang beli Magnolia Sherbet tiap hari . adik jadi lebih semangat..cuba lihat tu bertapa semangat adik.. 
 Biarlah Magnolia Sherbet menjadi teman adik belajar. adik belajar lah rajin-rajin supaya adik dapat keputusan cemerlang, membanggakan kedua orang tua, bangsa dan tanah air.


Terima Kasih Magnolia Sherbet, Kehadiranmu Membawa Semangat, Kegembiraan dan Harapan. Semoga adik dapat Mengapai cita-cita adik untuk Menjadi seorang dokter suatu hari nanti.

The End




3 comments:

  1. Akak memang suka aiskrim,mesti beli buat bekalan dlm peti sejuk.

    ReplyDelete
  2. magnolia sherbet ni mmg best la..lain dari aiskrim biasa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Click sini bila bermurah Hati