sebut pasal ais-krim, teringat zaman waktu kanak-kanak. Dulu waktu kecil saya nangis guling-guling bila mama tidak mahu belikan ais-krim kesukaan saya.
Bila dah besar ini saya tidak faham kenapa dahulu saya bersikap sebegitu, seolah-olah aiskrim benda sangat penting dalam dunia ini, bila saya lihat adik saya baru saya sedar betapa ais krim membawa kegembiraan kepada seorang kanak2x
Dan siapa sangka motivasi datang dari sesuatu yang tidak disangka.. inilah kisah
legenda adik saya
Adik sekarang sekolah darjah enam, Tahun 2011 ini adik ada ujian UPSR, adik pandai, tapi adik cepat boring, sejak dulu adik selalu dapat 5A dalam ujian, tapi sejak akhir-akhir ini adik banyak main, main dengan kawan, main game komputer dan sekarang adik kurang tumpuan belajar
Bila adik malas, adik banyak main, kerja sekolah adik tak siap, adik kene marah dengan mama, macam ni lah muka adik. tidak ceria, bosan, kurang semangat, saya bimbang tengok adik macam ni sehinggalah saya mendapat suatu idea..
Adik suka menonton cerita P.Ramlee, jadi mungkin dia teringat cerita Tiga Abdul ( abdul wahab,abdul wahid, abdul wahud). Kalu nak makan kene ambil bau dulu ye..(hehe jangan marah tulis panjang2x nanti kena Jual)
Adik pun mulai makan suapan pertama.. oke adik makan la.. abang beli untuk adik Magnolia Sherbet Mangosteen. mesti adik suka.
Abang Rasa puas, terharu bila adik cakap terima kasih abang sebab abang dah belikan adik Magnolia Sherbet , adik nak dengar cakap abang, adik nak belajar rajin-rajin, nanti adik jd rajin , abang beli lagi ek! Magnolia Sherbet kesukaan adik. adik terus masuk bilik belajar dengan tekun.
adik rajin belajar, mama senang hati, abang pun bangga bila adik dapat keputusan baik. daripada adik main dekat luar, malas belajar, lebih baik abang beli Magnolia Sherbet tiap hari . adik jadi lebih semangat..cuba lihat tu bertapa semangat adik..
Biarlah Magnolia Sherbet menjadi teman adik belajar. adik belajar lah rajin-rajin supaya adik dapat keputusan cemerlang, membanggakan kedua orang tua, bangsa dan tanah air.
Terima Kasih Magnolia Sherbet, Kehadiranmu Membawa Semangat, Kegembiraan dan Harapan. Semoga adik dapat Mengapai cita-cita adik untuk Menjadi seorang dokter suatu hari nanti.
The End
ahaha..abg mithali :-)
ReplyDeleteHANYA ORANG GILA YANG BERFACEBOOK???
Akak memang suka aiskrim,mesti beli buat bekalan dlm peti sejuk.
ReplyDeletemagnolia sherbet ni mmg best la..lain dari aiskrim biasa..
ReplyDelete