Saturday, February 12, 2011

Demam Denggi Kawalan dan Pencegahan


KAWALAN DAN PENCEGAHAN


Kandungan:
Pengawasan vektor
a. Jentik-jentik
b. Nyamuk dewasa


Kawalan ketika berlaku wabak


Pengawasan vektor (nyamukAedes) Sasaran utama usaha pengawalan ditujukan terhadap vektor penyakit, terutamanya Aedes aegypti kerana nyamuk ini merupakan satu-satunya komponen dalam kitaran transmisi virus yang boleh dikawal secara efektif dengan kaedah yang tersedia pada masa ini. Pengawasan vektor bertujuan untuk mengawasi jumlah dan juga paras kepadatan nyamukAedes. Langkah ini akan memberikan penunjuk tentang kejayaan usaha pengawalan vektor dan juga boleh membantu menentukan masa yang tepat untuk memulakan, menggiatkan ataupun menghentikan usaha pengawalan. PengawasanAedes boleh dilakukan terhadap peringkat jentik-jentik atau nyamuk dewasa.


1.Pengawasan jentik-jentik


Apabila melakukan tinjauan untuk mengkaji jumlah jentik-jentik, setiap
rumah akan diperiksa. Pemeriksaan dilakukan pada sekurang-kurangnya 50
buah rumah di kampung yang besar atau di bandar. Di setiap rumah semua bekas
di dalam dan di luar rumah diperiksa sama ada terdapat air dan jentik-jentik
atau tidak. Terdapat beberapa jenis indeks yang digunakan untuk menentukan kepadatan jentik-jentik:


a. Indeks Premis ( Indeks Rumah) = Bilangan rumah positif dengan jentik- jentik / Bilangan rumah yang diperiksa x 100 = % rumah positif untuk jentik-jentik.


b. Indeks Bekas = Bilangan bekas positif dengan jentik- jentik / Bilangan bekas yang diperiksa x 100 = % positif untuk jentik-jentik


c. Indeks Breteau = Bilangan bekas positif dengan jentik-
jentik / Bilangan rumah yang diperiksa x100 = Bilangan bekas positif / 100 rumah.


d. Indeks kepadatan jentik-jentik  = Bilangan jentik-jentik dari semua
rumah / Bilangan rumah yang diperiksa  = Purata bilangan jentik-jentik / rumah.


e. Indeks Stegomyia  = Bilangan bekas positif dengan jentik- jentik / Bilangan penduduk di kawasan tinjauan x1000 = Bilangan bekas positif / 1000
penduduk.


Takungan seperti deram, tempayan, kolam simen dan lain-lain.


Mencampurkan Abate ke dalam semua bekas yang digunakan untuk menyimpan air. mencampur garam atau minyak tanah ke dalam perangakap semut yang terdapat di dalam rumah.


Membersihkan rumput, lalang dan semak di tanah-tanah lapang akan
memusnahkan tempat nyamuk menetap dan berehat. Kaedah-kaedah ini
bersama-sama dengan kaedah yang lain akan membuat alam sekitar tidak sesuai
untuk pembiakan nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus..




Langkah-langkah yang perlu
diambil semasa aktiviti
semburan
a. Semburan kabus 'thermal'
b. Semburan kabus 'ultra low volume'


Kawalan jangka panjang
a. Kawalan biologi
b. Pendidikan kesihatan
c. Penggunaan vaksin
d. undang-undang


a. Kawalan Biologi


Merupakan kawalan nyamuk melalui musuh alamiah seperti haiwan pemangsa, parasit dan patogen. Haiwan pemangsa biasanya lebih besar dari mangsa yang sering dimakan. Pemangsa seperti ikan Gambusia, Claris fuscus, Macropodusdan Tilapia nilotica  telah untuk digunakan untuk memakan  jentik-jentik bagi nyamuk Aedes.


Jentik-jentik dari spesis nyamuk Toxorhynchites boleh juga digunakan  untuk mengawal jentik-jentik nyamuk Aedes di dalam bekas-bekas takungan air. NyamukToxorhynchi tes merupakan nyamuk yang berukuran besar tetapi tidak pernah menggigit dan menghisap darah manusia. Bakteria seperti Bacillus thuringiensis,  Bacillius israelensisdan Bacillus  sphaericus boleh juga digunakan untuk  mengawal nyamukAedes. Lain-lain  contoh kawalan biologi adalah seperti menggunakan cacing gelang dan kulat seperti Coelomomyces.


b. Pendidikan Kesihatan Masyarakat


Pendidikan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam pengawalan penyakit Demam Denggi oleh kerana ia berkaitan rapat dengan kehidupan domestik manusia. Pendidikan ini meliputi mengenai penyakit Demam Denggi dan komplikasinya, cara-cara jangkitan dan pengawalan tempat pembiakan nyamuk. Pendidikan kesihatan harus dimulakan daripada peringkat sekolah dan menengah supaya kanak-kanak mendapat pendidikan tentang tabiat kesihatan umum yang boleh membawa kepada kesedaran bagi pencegahan tempat pembiakan nyamuk dan seterusnya mengurangkan masalah Demam Denggi. Pendidikan orang dewasa boleh dilakukan melalui ceramah, pameran, risalah dan juga perbincangan melalui radio, televisyen dan suratkhabar


c. Penggunaan vaksin


Sehingga kehari ini masih tiada lagi vaksin yang benar-benar berkesan dihasilkan untuk membunuh virus Denggi. Walau bagaimanapun penyelidikan terhadap vaksin-vaksin ini masih dijalankan di Thailand dan di Amerika Syarikat untuk memastikan ia
benar-benar berkesan dan tidak merbahaya kepada manusia.


d. undang-undang


Di Malaysia Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit telah disahkan pada tahun 1975. Akta ini memberi kuasa kepada Pegawai Kesihatan dan Inspektor Kesihatan untuk memasuki rumah dan memeriksa rumah tersebut sama ada terdapat pembiakan nyamuk atau tidak. Jika terdapat pembiakan nyamuk ditemui, amaran dan arahan akan diberikan kepada pemilik atau penghuni rumah untuk memusnahkan tempat pembiakan tersebut. DENDA akan dikenakan jika arahan ini  tidak dipatuhi. Pemeriksaan rumah kemudian diulangi setelah tempoh masa tertentu dan sekiranya arahan tidak dipatuhi, pemilik atau penghuni boleh didenda atau diperintahkan hadir di mahkamah. Denda maksimum pada kali pertama adalahRM100. Jika mahkamah mendapati pemilik atau penghuni bersalah pada kali pertama,denda maksimum RM1000 atau penjara maksimum 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Pada kesalahan kedua, denda maksimum sebanyak RM 2000 atau hukum penjara maksimum 1 tahun ataukedua-duanya sekali.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Click sini bila bermurah Hati